myMetro | Mayat dengan kesan tikaman ditemui di Rembau
Posted by Khairul's Mahamad on Wednesday, May 16, 2012 at 2:23 PM
Domain Percuma Dari Encik Kai
Posted by Khairul's Mahamad on Friday, April 13, 2012 at 8:18 PM
Domain Percuma Dari Encik Kai | Assalamualaikum . . sedang ber-blogwalking terjumpa contest yang menarik . . so nak join . mai la join . .
ii. Kelihatan lebih profesional kerana berdomain sendiri dan jenama sendiri domain itu .. contoh "pakmattempae.com" sudah tentu nnt bila sebut pakmattempe semua igt domain saya, jenama saya.
iii.Rasanya nak domain sendiri ini juga sebagai salah satu semangat nak terus blogging. Mana taknya bukan semua ada domain sendiri kn.. hehe
Tag :
Contest
“Encik Kai Mesti Bagi Saya Domain Percuma Kerana…
i. Sudah tentu kerana nak nama sendiri pada domain itu.. kiranya unik la dan tak sama dengan orang lain .ii. Kelihatan lebih profesional kerana berdomain sendiri dan jenama sendiri domain itu .. contoh "pakmattempae.com" sudah tentu nnt bila sebut pakmattempe semua igt domain saya, jenama saya.
iii.Rasanya nak domain sendiri ini juga sebagai salah satu semangat nak terus blogging. Mana taknya bukan semua ada domain sendiri kn.. hehe
Nak tag semua yang masuk blog nie . .
Domain yang saya inginkan:
www.khairulmahamad.com3 Janji
Posted by Khairul's Mahamad on Tuesday, March 20, 2012 at 8:24 PM
3 Janji | 3 Janji merupakan drama baru yang menggantikan Drama Vanilla Coklat. Akan mula di siarkan pada 20 Mac jam 9 malam.
Episode 1 20 Mac
Link akan dikongsi kemudian.
Tag :
3 janji,
download 3 janji,
download 3 janji ep,
download 3 janji episode,
download 3 janji episode 1,
sinopsis 3 janji
Sinopsis 3 Janji
Mengisahkan Dalia (lakonan Liyana Jasmay) dan Khursyi yang berkawan sejak kecil, mereka rapat dan saling menyayangi antara satu sama lain serta saling memahami. Malangnya Khursyi telah pergi dahulu semasa mereka ditimpa kemalangan semasa dalam perjalanan hendak mengambil keputusan SPM. Dalia redha dengan pemergian kawan rapatnya Khursyi dan dia selalu ingat akan 3 Janji yang dilafazkan oleh Khursyi kepadanya, iaitu mencari teman hidup yang boleh menjadi teman terbaik, mencari kekasih terbaik buatnya, dan terakhir mencari suami terbaik. Kini muncul dalam hidup Dalia, Kamil dan Yassin, apakah kemunculan Kamil dan Yassin dapat menggantikan tempat Khursyi dalam hati Dalia serta menepati 3JANJI yang pernah diungkapkan oleh Khursyi? Saksikannya bermula malam ini jam 9.00 malam di TV3.Promo / Teaser 3 Janji
Download 3 Janji
Episode 1 20 Mac
Link akan dikongsi kemudian.
Giring Ubah Imej Bukan Kerna Isteri
Posted by Khairul's Mahamad on Monday, March 19, 2012 at 12:53 PM
Giring Ubah Imej Bukan Kerna Isteri | “Kamu suka dengan imej baru saya?” itu pertanyaan Giring apabila diajukan soalan tentang penampilan barunya yang kemas, berambut pendek dan ala-ala artis K-Pop. Apabila GUA menjawab suka, Giring terus tersenyum lantas berkongsi cerita. Jelas vokalis kumpulan Nidji ini, dia berubah imej bukan kerana sesiapa sebaliknya atas kehendaknya sendiri.
“Aku ubah imej sempena ulangtahun Nidji yang ke 10 tahun. Bukan permintaan label atau ahli kumpulan Nidji yang lain. Jauh sekali disuruh oleh isteri. Sudah sampai masanya untuk aku tampil dengan imej yang lebih bersih dan kemas. Tetapi apabila diingat-ingatkan, agak lucu juga sebab ketika aku mula-mula muncul dengan gaya rambut Alfro, ramai yang tidak boleh terima. Apabila aku ke kafe atau ke mana-mana sahaja, ramai yang melihat dengan pandangan jelik. Tapi, lama-kelamaan, mereka boleh terima rambut itu sebagai trademark dan kini mula bertanya mengapa aku tidak kekal berpenampilan begitu,” ujar Giring membuka cerita.
Dalam masa yang sama, Giring juga mengakui dia mengambil masa yang agak lama untuk memotong rambutnya itu, namun nekad melakukannya sempena pelancaran album terbaru Nidji berjudul ‘Liberty’.
Berkongsi pengalamannya selama 10 tahun bersama Nidji, Giring mengakui terlalu banyak saat-saat indah yang dikongsi bersama rakan-rakannya. Namun, dia juga tidak segan mengakui ada beberapa perkara yang tidak disukai.
“Selain mendapat adik-beradik baru, aku juga dapat merealisasikan impianku selama ini. Itu dua perkara paling bagus berlaku selama 10 tahun bersama Nidji. Perkara yang paling aku tidak suka ialah kehilangan privasi dan selalu berjauhan daripada keluarga. Banyak perkara yang aku ketinggalan apabila berjauhan daripada anak-anak, lebih-lebih lagi ketika ini mereka dalam proses membesar,” luah Giring berterus-terang.
Mengulas tentang alam perkahwinannya ketika ini, Giring mengakui yang dia kini sangat bahagia dan gembira di samping isteri, Chyntia Riza, dan dua anak tersayang, Zinedane Zidane, 5, dan Aisha Amir, 1.
“Kedua orang tua aku sudah boleh menerima kehadiran Chyntia. Kini mereka tahu Chyntia mempunyai hati yang baik. Mereka sudah faham mengapa aku ingin mengahwini Chyntia. Bukan kerana dia mempunyai rupa paras yang cantik, tetapi kerana dia mempunyai hati yang cantik,” ulas Giring lagi.
Giring dan Chyntia telah melangsungkan pernikahan pada tahun 2010. Bagaimanapun, tarikh sebenar pernikahannya tidak diketahui kerana pasangan ini merahsikan daripada pihak media. Namun, Giring mengakui dia telah bernikah sebelum Ramadan 2010. Majlis resepsi telah diadakan di kediamannya, Sahid Sudirman, Jakarta Selatan pada 15 Oktober 2010.