PERDANA Menteri, Datuk Seri Najib Razak hari ini menyerahkan dokumen pengenalan diri kepada 100 pemohon dari Selangor dan Kuala lumpur sempena kempen MyDaftar yang dilaksanakan Kementerian Dalam Negeri (KDN), tahun lalu.
Kempen yang dilaksanakan antara 19 hingga 26 Februari tahun lalu berjaya mengumpul kira-kira 14,385 pemohon.
Daripada jumlah itu, hanya 9,529 permohonan diterima dan berjaya diproses membabitkan dokumen kewarganegaraan, sijil lahir, pindaan butiran sijil kelahiran, permohonan anak angkat, pendaftaran perkahwinan dan kad pengenalan.
Penganugerahan dokumen tersebut membolehkan mereka menikmati faedah setaraf yang diterima warga negara Malaysia termasuk kemudahan bantuan perubatan, pendidikan dan bantuan kebajikan.
Malah, mereka yang berumur 21 tahun ke atas layak berdaftar sebagai Daftar pemilih dengan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment