Penumpang kapal persiaran Itali fail saman AS$528 juta

on Wednesday, February 15, 2012

MIAMI: Seramai 39 penumpang yang terselamat dalam nahas kapal persiaran, Costa Concordia yang karam di Itali bulan lalu hari ini memfailkan saman di mahkamah Florida bagi menuntut ganti rugi setengah bilion dolar.

Saman terhadap syarikat berpusat di Miami, Carnival Cruise Lines Inc., dan anak syarikatnya, Costa Cruise Line — pemilik Costa Concordia — bagi menuntut ganti rugi sebanyak AS$78 juta dan AS$450 juta untuk pampasan bebanan.

Pihak defendan "bertindak cuai dan sengaja tanpa memikirkan keselamatan, nyawa dan kebajikan plaintif," peguam yang mewakili penumpang, Marc Bern. - AFP
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment