Populariti Putin di tempat asalnya merosot

on Wednesday, February 15, 2012

SAINT PETERSBURG: Populariti Vladimir Putin merosot di tempat lahirnya dan ketika mengembangkan kerjaya politik di Saint Petersburg pada saat rasa tidak puas hati terhadap pemerintahannya kini mengoncang Russia.

Pungutan suara yang dikendalikan VTsIOM bulan ini, melaporkan hanya 47 peratus di bandar itu yang berhasrat mengundi Perdana Menteri itu pada pilihan raya presiden pada 4 Mac ini.

Jumlah peratusan itu rendah berbanding ketika pilihan raya presiden pada 2000 dan 2004 apabila beliau mencapai 62 peratus dan 75 peratus serta ranking tempatannya mengatasi keputusan kebangsaan. - AFP
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment