
Kerana itu, kita merasa lucu apabila Nik Aziz tiba-tiba merasa terpukul dengan pendirian Anwar yang membela Zionis dalam wawancaranya dengan Wall Street Journal. Nik Aziz kemudiannya memberi kata dua kepada Anwar untuk menarik balik atau menyaman WSJ.
Padahal, Anwar Ibrahim menyokong Zionis bukanlah perkara baru. Para penulis pro-kerajaan telah secara berterusan mendedahkan kepada rakyat bagaimana Anwar terlibat menandatangani Annapolis Summit pada tahun 2007 yang mengiktiraf Negara Israel dan mengenepikan kepentingan Palestin. Semua ini dilakukan bagi memberi kesedaran kepada rakyat tentang siapa Anwar sebenarnya.
Mungkin juga ramai yang tidak mendapat maklumat tersebut kerana dihalang dari membaca dan menonton media pro-kerajaan. Tetapi, setiap rakyat boleh melihat dengan jelas bagaimana Anwar secara terbuka dan bangga mengumumkan hubungan baiknya dengan tokoh-tokoh Zionis seperti Wolfowitz, Camdessus dan lain-lain.
Dan bukankah penyokong PAS juga antara yang bersorak gembira dan bangga bila tokoh-tokoh Zionis ini membela dan menjulang nama Anwar Ibrahim?
Kisah Anwar merafak sembah memohon maaf kepada puak Zionis kerana terlanjur menyinggung perasaan mereka dalam mengkritik APCO sebagai talibarut Israel, juga diketahui umum. Justeru, tidak mungkin Nik Aziz atau pemimpin-pemimpin PAS yang lain ‘terlepas’ kisah yang hangat diperkatakan ini? Kenapakah ketika itu Nik Aziz hanya memekakkan telinga dan menutup mata?
Kenapakah hanya selepas Anwar ‘tersasul’ dalam wawancara Wall Street Journal kali ini maka barulah PAS dan Nik Aziz membuka mata dan kelam kabut memberi kata dua kepada Anwar untuk menarik balik atau menyaman Wall Street Journal?
Namun, apalah ertinya kata dua atau kata tiga dari PAS terhadap Anwar?
Jika Anwar buat pekak dan buat bodoh dengan kata dua Nik Aziz, apa yang Nik Aziz boleh buat? Apakah Nik Aziz akan angkut PAS keluar dari Pakatan Rakyat dan melepaskan peluang untuk menawan Putrajaya?
Selama ini, PAS sentiasa mengalah dan kalah dalam setiap pertentangan pendapat dalam Pakatan Rakyat. Baik isu akidah, arak, judi, pusat hiburan semuanya berakhir dengan PAS menurut saja kehendak sekutunya. Malah Negara Islam juga telah tergadai sepenuhnya.
Setakat berjaya menentang DAP dalam isu mengharamkan umat Islam menyambut Hari Valentine, (itupun belum tentu berjaya), tidak akan membantu membersihkan imej PAS sebagai anjing suruhan di mata rakyat.
Rakyat juga sedia maklum bahawa DAP pernah memberi kata dua untuk keluar Pakatan Rakyat jika PAS terus memperjuangkan Negara Islam tetapi PAS tidak sanggup keluar Pakatan jika DAP enggan menerima Negara Islam.
DAP juga sanggup meletak jawatan jika PAS terus memperjuangkan hukum hudud tetapi PAS tidak sanggup meletakkan jawatan bagi mempertahankan pendirian tersebut.
Ini menunjukkan bahawa PAS sememangnya tidak pernah menang bila berhadapan dengan ‘kata dua’.
Justeru, rakyat cukup faham yang PAS juga tidak akan mampu melakukan apa-apa jika Anwar Ibrahim hanya mencebikkan mulut terhadap kata dua Nik Aziz. Akhirnya, kata dua akan lenyap begitu saja dan Anwar Ibrahim juga yang dijulang mereka sebagai ketua.
Sumber : mynewhub
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment