Diplomat Israel sasaran pengebom Bangkok: Thailand

on Wednesday, February 15, 2012

BANGKOK: Diplomat Israel adalah sasaran utama tiga suspek warga Iran yang menjadi dalang kepada plot pengeboman yang gagal di Bangkok, semalam.

Pegawai kanan risikan Thailand yang enggan namanya didedahkan berkata, ketiga-tiga lelaki warga Iran itu adalah dari kumpulan pembunuh dan sasaran mereka adalah diplomat Israel termasuk duta negara itu ke Thailand.

“Rancangan mereka adalah meletakkan bom pada kereta diplomat Israel,” katanya di sini, hari ini.
Dalam kejadian itu, kaki seorang daripada suspek terbabit putus apabila bom yang dibawanya meletup.

Ia sehari selepas siri pengeboman mensasarkan kakitangan kedutaan Israel berlaku di India dan Georgia.

Dalam kejadian di India, seorang diplomat wanita cedera parah.

Israel mendakwa serangan itu dirancang Iran. - AFP
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment