Minyak mentah AS melonjak AS$1

on Wednesday, February 15, 2012

SINGAPURA: Harga minyak mentah Amerika Syarikat (AS) melonjak AS$1, hari ini, di mana kebimbangan di kalangan pelabur tertumpu kepada bekalannya di tengah-tengah kemelut yang melanda Syria.

Malah, pertikaian antara Iran dan negara barat susulan program nuklear yang diteruskan Tehran menyumbang kepada kenaikan harga minyak mentah.

Ia bertambah buruk apabila pengeluaran minyak di lapangan Masila, Yaman terpaksa digantung operasinya apabila pekerja melancarkan mogok berikutan isu gaji.
Di New York Mercantile Exchange, pengeluaran minyak mentah bagi dagangan Mac meningkat melebihi AS$1, iaitu pada kadar tertinggi sehingga mencecah AS$101.76 setong sebelum ia merudum kepada AS$101.72 setong. - REUTERS
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment