Naysila Mirdad, pikat penonton dengan air mata

on Monday, March 19, 2012

Naysila Mirdad, pikat penonton dengan air mata 

Naysila Mirdad, pikat penonton dengan air mata | Kejayaan menghayati watak menerusi lakonan pertama dalam sinetron, Liontin pada 2005, ternyata memberi tuah buat pelakon, Naysila Mirdad terus mewarnai bidang lakonan seberang. Setelah berjaya memikat hati penonton menerusi watak yang dipegang, pelakon berusia 24 tahun ini tidak terlepas dihujani pelbagai tawaran lakonan.

Setiap watak yang diberikan kepadanya pasti tidak menghampakan kerana bakat yang dimiliki pelakon yang berasal dari Jakarta ini ternyata hebat sehingga mampu menitiskan air mata penonton. Menurutnya, setiap kali diberi tawaran lakonan, dia akan menghayati dan mendalam skrip yang diberikan bagi memastikan watak tersebut berkesan di hati penonton.

“Saya sentiasa melakukan yang terbaik. Jika ada tawaran lakonan, saya hanya akan fokus kepadanya tanpa melakukan kerja-kerja lain. Saya bersyukur kerana percubaan pertama sudah diterima baik oleh penonton dan saya amat mengharapkan sokongan daripada mereka untuk terus berada di industri ini,” katanya.

Ternyata, segala usaha yang dilakukan berbaloi apabila baru-baru ini namanya telah tercalon sebagai pelakon wanita terbaik dalam Panasonic Award 2012.

“Walaupun hanya tercalon, saya masih berbangga dengan pencapaian ini. Bagi saya ini adalah penghargaan yang bernilai dari peminat kepada saya,” ujarnya.


Ingin jadi usahawan

Walaupun sibuk dengan bidang lakonan, Naysila, punya impian sendiri bagi menjamin masa depannya. Menurut gadis manis ini, dia ingin menubuhkan perniagaan butik pakaian wanita jenama sendiri, ‘Deer’.

Menurutnya, sudah menjadi asam garam kehidupan, setiap manusia tidak selalu berada di atas dan baginya karier lakonan tidak menjamin kehidupannya.

“Siapa tahu nasib kita pada masa akan datang. Saya juga tidak tahu bagaimana rezeki saya dalam bidang ini sama ada akan berterusan dengan baik atau tidak. Oleh itu, saya menggunakan kelebihan yang ada mengusahakan sebuah butik pakaian. Buat masa ini saya sudah ada dua cawangan butik dan mahu kembangkannya seberapa besar yang mungkin,” katanya.

Tambahnya, minat dalam bidang fesyen adalah antara alasan dia memilih perniagaan butik pakaian.

“Saya ada pereka pakaian sendiri. Di butik ini, saya akan memberi konsep dan idea tersendiri kepada pereka. Pakaian yang ada sesuai untuk gadis remaja dan wanita seumur saya yang gemar berfesyen. Apa yang penting, harga yang kami tawarkan juga berpatutan,”katanya.


Dampingi Dude Herlino

Sebagai selebriti, kontroversi dan gosip sentiasa menghantui mereka begitu juga dengan pelakon muda ini yang tidak pernah terlepas dengan cabaran itu. Sering digandingkan dengan aktor kacak, Dude Herlino, menerusi beberapa sinetron membuatkan pasangan ini sering mendapat perhatian daripada pelbagai pihak yang menyatakan mereka mempunyai hubungan istimewa.

Khabar angin tentang hubungan cinta itu semakin meluas apabila Dude yang baru sahaja memutuskan hubungan bersama kekasihnya, Asmirandah sentiasa dilihat bersama Naysila di luar penggambaran.

“Saya akui kami memang rapat tapi hanya sebagai seorang sahabat kerana sudah lama mengenali antara satu sama lain. Tiada hubungan istimewa pernah terjalin antara kami dan hubungan itu hanya wujud menerusi sinetron yang kami lakonkan,” katanya.
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment